Thursday, 12 April 2012

Riang Ria Khamis!!

Assalamualaikum!!
Admin di sini! Hari ni hari Khamis dan hari ni ialah hari yang paling admin dan sahabat2 tunggu! Sebab apa?? Sebab hari ni ada kelas PJK *pendidikan jasmani dan kerohaniah* Setelah berhari-hari asyik belajar pagi petang, mesti lah kitaorang perlukan riadah.. kalah kanak2 ribena bila kami semua beraksi!! Haha, ;p Kitaorang main permainan yang selalu kitaorang main waktu kecik2 dulu. First sekali kitaorang warming up dengan kakak2 form 5.. mesti lah kakak2 yang lead kitaorang kan?? lepas tu barulah kitaorang berpecah  ikut kelas masing2.. Ramai yang cadang nak main ibu ayam dan musang.. pernah dengar tak permainan tu?? Memang best.. *kan kitaorang ni still kanak2 lagi?? ;p*

 Macam mana cara nak main?? Meh admin nak bagi tutorial!

1- mula2 ibu ayam akan ketuk pintu rumah musang dan mintak kunci
2- lepas musang bagi kunci, ibu ayam bawa anak2nya bersiar-siar. Dia bagi kunci kepada ank yang   dibelakangnya, anak yang dibelakangnya bagi kunci tu kepada adik-beradik yang dibelakangnya dan seterusnya sampailah kepada anaknya yang last sekali. Anak ayam tu buang kunci tu!
3- Ibu ayam kembali ke rumah musang untuk mintak kunci lain
4- Musang rasa marah dan nak anak ayam sebagai ganti, musang tu akan tarik anak2 ayam yang berlindung di belakang Ibu ayam..
5- Ibu ayam akan melindungi anak2nya, kalau musang berjaya sentuh satu daripada anak ayam tu, anak ayam tu dikira mati
6- Permainan akan berterusan sampai musang berjaya tangkap semua anak ayam..

Best kan?? Memang penat sangat,, bukan penat sebab main permainan tu tapi sebab asyik gelak ja.. semput nafas semua orang.. Lepas tu kitaorang sambung permainan lain pulak, tapi admin tak sure sangat nama apa permainan tu. Admin akan cerita gak macam mana cara nak main walaupun tak tau nama apa *semangat waja :)*

Admin bagi nama sendiri lah ya -Water and Ice-

1- Tiga orang akan dipilih sebagai Ice! Diorang akan kejar lepas tu tepuk kawan2 diorang tu sambil kata  'ice' Jadi kawan diorang dah tak boleh gerak -sebab dah jadi ice-
2- Kawan2 yang masih belum jadi 'ice' kena lari daripada pemangsa tu sampailah hanya tinggal 2 orang ja lagi yang belum jadi 'ice'.
3- Bila tinggal 2 orang ja lagi, 2 orang tu boleh tepuk kawan2 yang jadi 'ice' tu sambil kata 'water'. Jadi kawan diorang tu dah bebas dan kena lari daripada pemangsa.
4- Tapi kalau orang yang sama ditepuk dua kali oleh pemangsa dia dah tak boleh jadi 'water'

Lebih kurang macam tu la permainannya! Best sangat2..... Kesian kat kakak2 form 5 sebab kitaorang control satu dataran kejat tu,, nasib kakak2 tu baik hati. Diorang siap gelak2 lagi tengok kitaorang main..
Haha,, tapi memang best main.. keluar peluh dan happy..
Ada sorang sahabat admin cakap yang dia rasa best sebab lemak dalam badan dia terbakar.. ???? Admin rasa sangat blur bila dengar dia cakap macam tu.. Haha..sori sahabat

Ilalliqa

p/s: kami semua memang kanak2 ribena kan?




Tuesday, 10 April 2012

Pesanan sahabat buat sahabat

Assalamualaikum..
Admin here!! Admin nak sampaikan pesanan seorang daripada sahabat admin buat sahabat2 kelas 3 sumaiyah 2012! * dan juga untuk para pembaca semua*

"Sahabat yg baik adalah sahabat yang saling nasihat menasihati ke Jalan ALLAH..Sahabat adalah mutiara yg indah yg dikurniakan ALLAH. ats rahmatnya..sahabat yg baik adalah penyeri hidup..dgn nasihat yang berguna..dgn kasih sayang kerana mengharap redha ALLAH...dgn peringatan bersama berusaha ke syurga ALLAH..Syukur dan alhamdullilah pada mu Ya ALLAH. ats keindahan ini..thanks temanku yg disayangi kerana ALLAH"
Sayangi sahabat kita kerana Allah,, maka lebih berkatlah persahabatan kita itu..   
Ilalliqa
p/s: pesanan Admin pulak, bersahabatlah dengan orang yang sentiasa mengajak kita kearah kebaikan dan yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah!! :)  Uhibbuki Fillah!!

 

Jagalah Maruahmu sebaiknya wahai wanita

Assalamulaikum..
Apa khabar dengan iman anda semua hari ini?? Admin harap iman anda semua makin bertambah, bukan apa, admin hanya nak mengingatkan!! Bila kita hidup dalam zaman teknologi ni, kena ada orang yang sentiasa ingatkan kita.. betul tak??
 Pagi tadi bila admin bukak FB *grup kelas*, ada sahabat admin yang post tentang "apa yang muslimah sejati akan katakan"
 Jadi admin nak sharelah apa yang sahabat admin post tu..

Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:

Aku rela stokin kakiku BSAH terkena air yang melimpah daripada kakiku terkena PERCIKAN API NERAKA,
Aku rela berpanas memakai pakaian labuh MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada berendam kedalam LAUTAN NERAKA,
Aku rela rambutku disimpan RAPI terpelihara dan juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK...
*utk rnungn brsma*
Untuk renungan bersama... nikmat di akhirat nanti yang admin dan sahabat2 admin harapkan! Dan admin harap anda semua pun sama jugak ya!!   
Ilalliqa
p/s: Tutup aurat itu merupakan satu perkara yang indah. Ini menunjukkan betapa Islam sayangkan muslimatnya! cuba bayangkan antara makanan yang dijual di tepi jalan yang penuh dihurung dengan lalat berbanding makanan yang dijual di restoran yang bersih dan makanan itu ditutup elok??  Yang mana jadi pilihan anda?? Yang dijual di tepi jalan itu ibarat orang yang tak tutup aurat dengan sempurna dan yang dijual di restoran itu ibarat orang yang  menutup auratnya dengan sempurna. Fikir2 kanlah
                                                                    
 

Err,, is this what we imagine???

Assalamualaikum.
Kali ni, admin nak cerita tentang tema kelas admin.. sebenarnya tema kelas kitaorang adalah garden/park.. so, kitaorang pun bertungkus lumus la berhari-hari nak siapkan matlamat kitaorang tuhh..
Akhirnya bila dah siap, jadi cam kindergarten plak.. haha,, ada origami kertaslah, mural bunga kat dinding lah, siap ada ikan guppy lagi dlm kelas.. tak ke macam kindergarten?? tak apalah, asalkan semua bahagia,, haha. Lagipun rasanya tema kindergarten tu memang sesuai untuk kami semua yang perangai cam budak2 nih.. tak padan dengan umur 15 cam 5 tahun ja.. Selain kelas kitaorang ni menjadi lebih ceria *at least lebih ceria daripada sebelumnya yang macam err ;p*, kitaorang juga dapat mengeratkan lagi ikatan persahabatan antara kitaorang semua. kitaorang dapat menilai sikap2 setiap daripada kitaorang. Ya lah, nak nilai bukan dari segi harta, tapi perilaku. kan2?

Rasulullah bersabda:
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-asy'ari:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan)    dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
proses nak buat origami burung..
teliti kan??
macam tu lah bila kita diamanahkan sesuatu!
kita lakukan dengan sebaik mungkin..
INGAT! amanah merupakan sesuatu yang akan menjadi beban kepada kita 
di akhirat nanti kalau kita tak jalankan amanah itu sebaiknya 
yang ni admin pun tak sure sangat apa yang sahabat admin ni tengah buat
haha,, jahit apa ntah..
tekun!

sebenarnya admin just nak cerita yang tema garden kitaorang tu tak berapa jadi sangat sebab 85% ialah kindergarten.. haha,, tapi rasanya semua puas hati dengan hasilnya,, Alhamdulillah, mungkin berkat kerjasama antara kitaorang yang menyebabkann setiap apa yang kitaorang lakukan mudah !
Ilalliqa

p/s: tapi admin memang suka dengan suasana kelas admin sekarang,, rasa cam masuk tadika balik.. :)







Salam Ukhuwah

Assalamualaikum..
Saya, admin mewakili pelajar kelas 3 sumaiyah nak ucapkan  salam perkenalan buat semua!
Admin rasa agak lambat jugak admin start blogging ni sebab dah masuk bulan empat baru start.
Nak buat camna?? tahun ni kami semua akan menduduki PMR, jadi agak sibuk untuk bersosial di laman sesawang ni,, cewwahh.. haha,, apa pun, insya-Allah, admin akan sentiasa update perkembangan kelas kami semua. Selain itu, tujuan admin buat blog ni adalah untuk berkongsi ilmu dengan semua orang. Apa saja ilmu bermanfaat yang mampu dikongsikan, admin akan post kan yerr!! ok, rasanya yang tu ja kot buat masa sekarang.
Ilalliqa

p/s: selamat datang ke dunia kanak2 kami semua ;p


 

Kindergarten Sumaiyah Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Tiny Rainbow