Thursday, 12 April 2012

Riang Ria Khamis!!

Assalamualaikum!!
Admin di sini! Hari ni hari Khamis dan hari ni ialah hari yang paling admin dan sahabat2 tunggu! Sebab apa?? Sebab hari ni ada kelas PJK *pendidikan jasmani dan kerohaniah* Setelah berhari-hari asyik belajar pagi petang, mesti lah kitaorang perlukan riadah.. kalah kanak2 ribena bila kami semua beraksi!! Haha, ;p Kitaorang main permainan yang selalu kitaorang main waktu kecik2 dulu. First sekali kitaorang warming up dengan kakak2 form 5.. mesti lah kakak2 yang lead kitaorang kan?? lepas tu barulah kitaorang berpecah  ikut kelas masing2.. Ramai yang cadang nak main ibu ayam dan musang.. pernah dengar tak permainan tu?? Memang best.. *kan kitaorang ni still kanak2 lagi?? ;p*

 Macam mana cara nak main?? Meh admin nak bagi tutorial!

1- mula2 ibu ayam akan ketuk pintu rumah musang dan mintak kunci
2- lepas musang bagi kunci, ibu ayam bawa anak2nya bersiar-siar. Dia bagi kunci kepada ank yang   dibelakangnya, anak yang dibelakangnya bagi kunci tu kepada adik-beradik yang dibelakangnya dan seterusnya sampailah kepada anaknya yang last sekali. Anak ayam tu buang kunci tu!
3- Ibu ayam kembali ke rumah musang untuk mintak kunci lain
4- Musang rasa marah dan nak anak ayam sebagai ganti, musang tu akan tarik anak2 ayam yang berlindung di belakang Ibu ayam..
5- Ibu ayam akan melindungi anak2nya, kalau musang berjaya sentuh satu daripada anak ayam tu, anak ayam tu dikira mati
6- Permainan akan berterusan sampai musang berjaya tangkap semua anak ayam..

Best kan?? Memang penat sangat,, bukan penat sebab main permainan tu tapi sebab asyik gelak ja.. semput nafas semua orang.. Lepas tu kitaorang sambung permainan lain pulak, tapi admin tak sure sangat nama apa permainan tu. Admin akan cerita gak macam mana cara nak main walaupun tak tau nama apa *semangat waja :)*

Admin bagi nama sendiri lah ya -Water and Ice-

1- Tiga orang akan dipilih sebagai Ice! Diorang akan kejar lepas tu tepuk kawan2 diorang tu sambil kata  'ice' Jadi kawan diorang dah tak boleh gerak -sebab dah jadi ice-
2- Kawan2 yang masih belum jadi 'ice' kena lari daripada pemangsa tu sampailah hanya tinggal 2 orang ja lagi yang belum jadi 'ice'.
3- Bila tinggal 2 orang ja lagi, 2 orang tu boleh tepuk kawan2 yang jadi 'ice' tu sambil kata 'water'. Jadi kawan diorang tu dah bebas dan kena lari daripada pemangsa.
4- Tapi kalau orang yang sama ditepuk dua kali oleh pemangsa dia dah tak boleh jadi 'water'

Lebih kurang macam tu la permainannya! Best sangat2..... Kesian kat kakak2 form 5 sebab kitaorang control satu dataran kejat tu,, nasib kakak2 tu baik hati. Diorang siap gelak2 lagi tengok kitaorang main..
Haha,, tapi memang best main.. keluar peluh dan happy..
Ada sorang sahabat admin cakap yang dia rasa best sebab lemak dalam badan dia terbakar.. ???? Admin rasa sangat blur bila dengar dia cakap macam tu.. Haha..sori sahabat

Ilalliqa

p/s: kami semua memang kanak2 ribena kan?




No comments:

Post a Comment

 

Kindergarten Sumaiyah Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting

Tiny Rainbow